Monday, August 19, 2013

LOGO DAN TEMA HARI MALAYSIA 2013


Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” menjadi tema hari kemerdekaan yang ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos ini
Difahamkan tema itu dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara
Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara
Menurut laporan yang disiarkan media, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan termasuklah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah
logo merdeka 56 2013 1 gambar logo hari kemerdekaan 2013 ke 56 dan tema
Turut dinyatakan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya
Disamping itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli E

LOGO HARI MALAYSIA 2012



Keterangan Logo

Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.

Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.


Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.


Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.



Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

LOGO DAN TEMA HARI MALAYSIA 2011

LOGO DAN TEMA 2011

Logo 2011 sama dengan 2009 dan 2010
Tema: Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

LOGO DAN TEMA HARI MALAYSIA 2010

LOGO 2010 sama dengan Logo 2009
Tema : 1Malaysia Menjana Transformasi
Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Logo dan tema ahri merdeka 2009

Logo dan temh ahri merdeka 2009

MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.