Saturday, September 6, 2008

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN 1996-2008

1996


BUDAYA PENENTU KECAPAIAN


Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik. Warna Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niat murni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersama. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.


1997

AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
Reka bentuk : Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara (tangan berdoa) semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna : Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita dan wawasan negara.


1998

NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA

Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan Negara.

1999

BERSATU KE ALAF BARU

Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara, Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.


2000-2006

KERANAMU MALAYSIA

Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. 2000 Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarakan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang bermaksud vision atau wawasan.

2007
MALAYSIAKU GEMILANG

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan. Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.


2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Keterangan rekabentuk logo Hari kemerdekaan ke-51. Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.Jika sudah ada tema dan logo, tentu tidak lengkap jika tiada lagu khas untuknya. Berikut adalah lagu tema hari kemerdekaan ke 51 yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Lokgha;

1 comment:

Anonymous said...

Coin Casino Review - Up To $1000 + 300 FS + 300
Discover the coin casino games 인카지노 in Coin Casino by Pragmatic 메리트카지노 Play and get a great experience at 1xbet the best online casino bonus offers available to players.